
Bermula dengan 11 finalis yang berjaya melepasi pusingan ‘blind audition’, kini hanya tinggal Nadeera, Mar, Uchop, Yus, Abang dan Adli yang masih kekal bertanding dalam VOKAL 2 untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000! Siapakah yang bakal menyertai Nadeera dan Mar di pusingan separuh akhir nanti? Saksikan pusingan battle 4 finalis lelaki pada minggu hadapan.

Bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam, VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2, konsert VOKAL 2 minggu ketujuh dimulakan dengan persembahan daripada Nadeera, finalis yang berjaya menduduki tangga paling atas pada minggu lalu dengan lagu stacy,’Pelangi Senja’. Seterusnya, Fatin pula menyusul dengan lagu ‘Ilusi’, nyayian asal oleh Adira. Tampil sebagai peserta ketiga, Mar mempersembahkan sebuah lagu Inggeris ‘You Know I’m No Good’ yang dicipta sepenuhnya dan dinyanyikan oleh mendiang Amy Winehouse. Bella pula mempertaruhkan lagu ‘Laksamana Raja Di Laut’ bagi membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam VOKAL 2.
Seperti minggu-minggu yang sebelumnya, peserta yang akan disingkirkan ditentukan oleh juri tetap VOKAL 2 selepas mengharungi pusingan ‘battle’. Kali ini, 3 finalis yang mendapat markah paling rendah mempersembahkan lagu Shila Amzah ‘Patah Seribu’ dalam usaha merebut peluang terakhir mara ke pusingan separuh akhir.

da bape minggu TERmist vokal nie .
BalasPadambtw..nadhira ade kan ?? my febret tuwh . :)