Selamat Datang ke Blog saya..Lepas masauk comment, follow,dan singgah selalu yer,,

Pengikut

nuffnang

Jumaat, 7 Disember 2012

Cinta Itu Milikku,Akasia TV3

       
         
HARI: Isnin hingga Khamis 
MASA: 7 malam 
PELAKON: Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.
EPISOD: 24 episod

SINOPSIS


Setiap apa yang berlaku pasti ada naik turunnya kerana jalan kehidupan seseorang itu penuh dengan liku dan ia kadang kala tidaklah seindah yang diimpikan. Itulah yang dialami oleh Rania seorang gadis yang lahir dalam sebuah keluarga elit dan berpengaruh. Walaupun mengecapi kemewahan yang diimpikan oleh setiap gadis di dunia ini namun Rania tidak dapat menikmati sebuah kebahagiaan. Apakah yang menghalang Rania untuk bahagia? 


Menyusuli ‘Julia’, saksikan ‘Cinta itu Milikku’, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan Emi Suffian Sabhe dan nukilan skrip oleh Zarihah Hassan mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim, Fiffy Natasya dan ramai lagi.



Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.



Tiada ulasan:

Catat Komen

nuffnang




Cool Cigar Smoking With Shades On Monkey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...